Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, January 26, 2012

Kontroversi Neelofa Bawa Tuah

Leave a Comment

neelofa
Walaupun namanya sering dikaitkan dengan kontroversi seperti sindiran Fazura kepada Neelofa, namun nama Neelofa tetap tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Dalam usia setahun jagung, Neelofa bersyukur kerana tercalon kerana ada artis yang mengambil masa yang lama untuk dikenali.

“Syukur Alhamdulillah. Lofa sedar Lofa artis baru dan apabila tercalon dalam Top 5 ia sesuatu yang menggembirakan Lofa. Lofa tidak sangka dalam usia setahun jagung ini sudah pun terpilih kerana ada artis lain pun mengambil masa yang lama untuk dikenali. Lofa anggap ia satu penghargaan daripada peminat dan Lofa tidak anggap ABPBH ini sebagai satu pertandingan pun.”

Tidak menafikan kelibatnya dalam industri seni tanahair terlalu diselubungi kontroversi, namun dia bersyukur kerana kontroversi itulah yang telah melonjakkan namanya sehingga dikenali dan menerima pelbagai tawaran.

“Lofa tidak nafikan yang kontroversi banyak menaikkan nama Lofa. Namun dalam waktu yang sama, kontroversi itu telah memperkenalkan nama Lofa di pesada seni tanah air dan banyak tawaran yang Lofa terima. Bukan sekadar watak sampingan tetapi watak utama seperti Azura dan Lemak Kampung Santan, termasuk peluang mengacarakan rancangan wanita popular, Nona.”

Dengan deretan filem seperti Azura, SAM dan banyak lagi yang menanti tayangan pada tahun ini, Lofa berharap persepsi masyarakat akan mula berubah terhadapnya.

“InsyaAllah pada tahun 2012, peminat Lofa akan dapat menilai bakat Lofa pula apabila filem-filem Lofa akan ditayangkan dan Nona telah pun mula bersiaran. Harapan Lofa, persepsi orang yang Lofa hanya popular kerana kontroversi akan mula berubah. Lofa mahu buktikan yang Lofa ada potensi dalam dunia hiburan ini. Lofa harap juga kontroversi akan berkurangan pada tahun ini.” Ulas Lofa mengakhiri bicara.

Sumber: GUA untuk Portal Berita Malaysia

No comments:

Post a Comment