Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 28, 2012

Comeblack Legasi Terakhir Scorpions

Scorpions

Sebagai kumpulan Hard Rock yang paling berjaya dalam sejarah , Scorpions secara dasarnya amat dikenali dengan lagu-lagu ballad mereka yang menguasai ruang-ruang radio diseluruh dunia , melewati muzik psydelic dan Heavy Metal pada album-album awal mereka , siapa tak kenal dengan guitarist hebat mereka waktu itu , Uli Jon Roth yang mendefinasikan solo gitar Scorpions dengan pengaruh Jimi Hendrix.

Scorpions ComeblackAmat memeritkan ialah apabila mereka mengumumkan album “Sting In The Tail” (2010) sebagai album terakhir , ia bagaikan tragedi kerana dengan 18 album mereka masih kukuh dan mampu memukau para peminat . Album “Humanity:Hour 1” (2007) membuka mata ramai peminat muzik Rock , ia merupakan album yang sangat hebat dan padu , gabungan muzik ballad Scorpions dan Hard Rock yang seimbang dan menyerlah antara satu sama lain .

Album terakhir “Sting In The Tail” bagaikan kehebatan yang berterusan dan meneruskan kejayaan sebagaimana album “Humanity:Hour 1” . Album “Sting In The Tail” memberikan lambaian terakhir yang begitu klasik untuk para peminat . Dengan rilisan terakhir tersebut, Scorpions berada di jalanan di seluruh dunia dengan rangka konsert jelajah “Farewell Tour”.

Namun ketika dalam keseronokan dalam siri konsert di Eropah/Asia dan Amerika , Scorpions mengambil keputusan yang tidak dijangka untuk merakamkan lagu-lagu lama mereka semula dengan beberapa lagu cover dan lagi sekali ‘encore-album’Comeblack” telah menemui peminat semenjak November lalu dibawah Sony Music . Walaupun ramai yang memberi pendapat mereka seharusnya mengeluarkan album baru dan bukannya merakamkan semula lagu-lagu lama tapi secara jujurnya saya melihat album “Comeblack” bagaikan sesuatu yang personel buat Scorpions kerana pemilihan lagu-lagu cover yang popular pada tahun 60 dan 70an yang tentunya banyak memberikan kenangan semasa Scorpions mula-mula ditubuhkan dengan kumpulan seperti The Beatlles . Rolling Stones , The Kinks , Small Faces , T.Rex dan Gloria jones.

Tidak banyak yang dapat dikatakan mengenai lagu-lagu mereka didalam album ini kerana ia adalah lagu lama yang dirakamkan semula dengan teknologi masa kini dan apatah lagi ia adalah lagu-lagu hit Scorpions , teknologi terkini memberikan lagu-lagu hit Scorpions dengan sounds yang lebih besar dan tersebar tapi gitar distortion diperlahankan , mungkin ramai akan lebih suka dengan versi live dan kompilasi mereka yang lain .

Namun album “Combeblack” sangat essential , ia adalah sentuhan terakhir mereka distudio dan membuktikan Klaus Meine , Rudolf Schenker dan Matthias Jabs masih mempunyai sentuhan yang berbisa. Berakhirnya legasi lebih 40 tahun kumpulan rock terbaik dunia daripada Jerman . Au Revoir Scorpions …

Track List

1. "Rhythm of Love" - 3:39
2. "No One Like You" - 4:06
3. "The Zoo" - 5:38
4. "Rock You Like a Hurricane" - 4:15
5. "Blackout" - 3:48
6. "Wind of Change" - 5:08
7. "Still Loving You" - 6:43
8. "Tainted Love" (Gloria Jones cover) - 3:27
9. "Children of the Revolution" (T. Rex cover) - 3:33
10. "Across the Universe" (The Beatles cover) - 3:17
11. "Tin Soldier" (Small Faces cover) - 3:14
12. "All Day and All of the Night" (The Kinks cover) - 3:15
13. "Ruby Tuesday" (Rolling Stones cover) - 3:54

No comments:

Post a Comment