Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, November 5, 2010

Konsert P Ramlee, Pengajaran Buat Amy dan Ella


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Fotografi

KUALA LUMPUR, 28 OKT 2010: Konsert Penghargaan P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 24 Oktober lalu telah menyaksikan ramai nama-nama besar dalam industri muzik tanah air kita mendendangkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian tokoh seni negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Persembahan yang menghimpunkan hampir 20 penyanyi tanah air itu benar-benar telah membawa penonton mengimbau semula lagu-lagu serta filem daripada hasil karya Seniman Agung yang tersohor yang banyak menaburkan jasa dan bakti terhadap industri muzik dan perfileman di tanah air kita.

Namun di sebalik itu, rata-rata penonton terkilan dan hampa apabila kemunculan dua lagenda rock negara, Amy Search dan Ella yang dinanti-nantikan persembahannya pada malam tersebut gagal membawakan beberapa lagu P Ramlee dengan baik hingga mereka terpaksa mengulangi semula nyanyian mereka sebanyak tiga kali.

Dalam Konsert Penghargaan P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti itu, Amy telah membawakan lagu Azizah serta Jangan Tinggal Daku, manakala Ella pula mempersembahkan lagu Bunga Melur serta Berkorban Apa saja.

Penolong Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Saniboey Mohd Ismail berkata Raja Rock, Amy Search dan Ratu Rock Ella harus mengambil kira kesilapan mereka itu sebagai satu perkara yang serius supaya ianya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

"Apa yang saya boleh katakan sepanjang pengalaman saya mebuat rancangan rakaman, sehebat mana pun selebriti itu dan sebanyak mana pun rehearsal yang dilakukannya, pasti mereka tidak dapat mengelak daripada perasaan gemuruh.

"Itu yang sepatutnya dua penyanyi otai Amy Search dan Ella kena berjaga-jaga. Ini mungkin satu pengajaran pertama buat mereka, tak semestinya orang lama dan berpengalaman tidak akan melakukan kesilapan.

"Pada penonton pula, jangan terlalu take for granted dengan semua penyanyi. Tidak semestinya yang lama tu tidak boleh melakukan kesilapan. Kita semua manusia biasa dan tak lari daripada semua itu. Alahamdulilah, penyanyi baru telah memberikan persembahan yang terbaik tanpa sebarang cacat cela," tegasnya.

Menurut Saniboey lagi, dia bagaimana bersyukur walaupun Amy dan Ella telah beberapa kali mengulangi persembahan mereka, namun penonton tetap setia dan memberi sokongan terhadap mereka.

"Saya terkejut kerana penonton sangat supportive bila melihat Ella dan Amy cuba membawakan lagu P Ramlee beberapa kali. Penonton sangat sporting pada malam itu, mereka sedikit pun tidak boo kepada Amy dan Ella.

"Saya rasa Ella dan Amy patut berterima kasih dia atas kesabaran penonton yang menjadi penyuntik semangat mereka untuk meneruskan konsert pada malam itu. Mujur Ella dan Amy ada memohon maaf beberapa kali sewaktu konsert itu berlangsung," katanya.

Menurut Saniboey lagi, dia mendapat respon yang baik daripada ramai artis yang mahu menyokong dan mahu bersama-sama dalam konsert tribute P Ramlee yang dianjurkan itu, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana penglibatan artis sudah terlalu ramai.

"Sebenarnya ramai artis yang ingin bersama-sama menjayakan konsert ini. Apa tidaknya, P Ramlee adalah satu nama yang besar dalam industri, pasti semua ingin menyumbangkan sesuatu untuknya.

"Saya puji Ella, kami hanya meminta dia menyanyikan lagu Bunga Melur sahaja tapi dia sendiri minta untuk menyanyikan dua lagu. Sehinggakan keesokan hari konsert itu pun Hattan ada menelefon saya dan bertanya mengapa tak jemput dia untuk menjayakan konsert pada malam itu," tambahnya lagi.

Selain Amy Search dan Ella, penyanyi lama dan baru yang membuat persembahan pada malam itu adalah Datuk Sharifah Aini, M Nasir, Ning Baizura, Hujan, Meet Uncle Hussein, Salih Yaacob, Yuna, Shahir, Aizat, Jaclyn Victor, Vince, Altimet dan beberapa pemuzik yang terlibat dalam projek khas radio XFM, Di Mana Kan Kucari Ganti: Satu Indiepretasi Konsert Penghargaan P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti akan mula bersiaran secara serentak pada 29 Oktober 2010 ini, jam 9.30malam hingga 11.30 malam di tiga saluaran Astro iaitu Astro Ria (saluran 104), HISTORY HD (saluran 575) dan PRAMLEE HD (saluran 188). Konsert itu juga akan bersiaran pada 30 Oktober ini, jam 7 malam hingga 9 malam di HISTORY, saluran 555.

No comments:

Post a Comment