Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 7, 2012

Nabil Jadi DJ Radio

Rezeki selepas kahwin,nabil sekarang nie telah di tawarkan oleh Suria FM untuk menjadi salah seorang DJ mereka untuk segmen khas pertengahan bulan januari nanti.Nanti terpilih selepas menghadiri temuduga pada akhir tahun lepas.

Ketika Ditanya oleh pihak media adakah dia bakal menggantikan penyampai Breakfast@Suria, Sharifah Shahira yang akan tamat kontrak pada 24 Januari ini, Nabil berkata dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.

“Tidak akan ganti sesiapa. Tunggulah pengumuman mereka nanti,” ujarnya ringkas.


Dalam pada itu, Nabil berkata walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang juruhebah radio, dia yakin dapat menjadi deejay yang baik kerana pernah muncul sebagai penyampai jemputan di beberapa stesen lain seperti Sinar FM dan Hot FM.

Selain Nabil, antara artis yang turut dipanggil diuji bakat oleh Suria FM adalah Azza (Elite) dan Amy Mastura.

nabil raja lawak

No comments:

Post a Comment