Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 14, 2012

Rita menanti keputusan Aidil Zafuan

MEREKA yang sudah berkahwin pasti tahu, hidup berumahtangga penuh dengan dugaan dan cabaran. Ibarat meredah laut sentiasa bergelombang, namun sekiranya suami kuat sebagai nakhoda pasti segala rintangan mampu diatasi.

Bagi seorang isteri tiada apa yang dipinta selain suami sentiasa berada di sisi saat susah dan senang. Bersama membina kerukunan rumah tangga disamping membahagiakan anak-anak.


Semua itu bagaimanapun seakan samar buat dramatis jelita, Rita Rudaini Mokhtar atau Rita, apabila rumah tangganya bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Aidil), sekali lagi dilanda masalah.

Sewaktu temujanji fotografi khas bersama Selebriti, pelakon berusia 36 tahun itu tidak mampu menyembunyikan apa yang berlaku, apatah lagi suami tiada bersama. Mereka berkahwin pada Februari 2008 dan kini mempunyai dua cahayamata, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Qiqi Arjuna, lapan bulan.

Jelas Rita, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari Kangar, Perlis kerana melawat kedua ibu bapanya, dia terkejut apabila mendapati Aidil sudah meninggal­kan rumah membawa bersama pakaian dan barangan peribadi.

“Saya tidak pasti punca sebenar kenapa dia mengambil tindakan sedemikian, sedangkan setahu saya segala apa kehendaknya selama ini saya patuhi. hendak kata saya pulang ke kampung tanpa pengetahuannya, tidak juga. Perkara itu sudah diberitahu lebih awal.

“Sebelum ini ke mana saja saya pergi, pasti akan dimaklumkan kepadanya, waima membawa anak-anak untuk membeli barang keperluan rumah. Sebagai isteri, saya tahu tanggungjawab saya.

“Dia suami dan saya isteri. Tempat isteri di sisi suami dan begitulah sebaliknya, tetapi sekiranya suami sendiri mengambil tindakan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa memberitahu sebab dan puncanya, saya jadi keliru.
Tiada sebarang pesanan ditinggalkan membabitkan tindakannya,” katanya.

Rita kini masih menunggu penjelasan suami membabitkan tindakan dibuat dan apa juga perkara mahu diambil selepas ini. Katanya, apakah maknanya sekiranya suami meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dia adalah pelindung dirinya dan juga anak-anak.

“Perkara sama berlaku sewaktu rumah tangga kami bergolak pertama kali sebelum ini. Namun atas nasihat ramai, dia mengambil keputusan untuk melupakan segala masalah berlaku. Apatah lagi hubungan saya dengan ibu bapa mentua semakin baik.

“Dulu dia merayu kepada saya agar memberikannya peluang. Namun apabila meninggalkan rumah sekali lagi tanpa memberitahu masalah dan puncanya dan tidak membincangkan perkara yang dianggap masalah bagi pihak­nya, ia tidak adil.

“Kalau pertama kali, saya faham tetapi sekarang kami sudah mempunyai dua anak.
Ada masalah bawalah berbincang dan bukannya lari dan tinggalkan saya dan anak-anak terpinga-pinga,” katanya.

Tegas Rita, dia sudah penat untuk berhadapan dengan masalah ini, apatah lagi sepanjang lapan bulan selepas berbaik, dia masih memikul tanggungjawab yang sama seperti sebelum ini termasuklah menguruskan sebahagian besar keperluan anak-anak. Katanya, dia bersedia mengikut apa saja tindakan yang mahu diambil Aidil.

Anak-Anak Tumpuan Rita

BERHADAPAN dugaan besar ini, kata Rita, Ryan dan Arjuna me­njadi tunjang kekuatan. malah tumpuannya kini adalah untuk dua cahaya mata comelnya itu. Rita bekerja dan berlakon siang malam untuk menyediakan keperluan anak-anak.

“Apabila bergelar ibu, diri saya sudah tidak penting sebaliknya kebahagiaan anak-anak keutamaan saya. Memang kerja penat tetapi apabila pulang dan lihat Ryan dan Arjuna tersenyum, saya rasa puas,” katanya.

Rita juga tidak bimbang dengan tindakan diambil Aidil kerana selama ini dia sudah biasa hidup berdikari dengan mencari pendapatan sendiri. Katanya, sejak berusia 18 tahun lagi, sewaktu datang ke Kuala Lumpur dan belajar di kolej, Rita hidup sendiri. Begitu juga apabila setiap kali Aidil tiada, Rita melakukan segalanya sendiri.

“Saya langsung tidak terasa jang­gal dan sudah terbiasa hingga sekarang. Bagi saya, apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan mengajar saya menjadi lebih kuat terutama untuk anak-anak.

“Saya percaya Allah memberikan ujian ini untuk menjadikan kita manusia lebih tabah. Saya reda dengan apa yang bakal berlaku,” katanya.

Rita juga masih sibuk di lokasi tetapi akan memastikan apa juga yang dilakukan tidak mengganggu urusan rumahtangga. Akuinya, tawaran masih banyak tetapi Rita tetap membintangi satu drama dalam satu masa.

“Saya tidak mahu terlalu tamak kerana bimbang kualiti lakonan tidak dapat dijaga. Selain itu, saya juga akan pastikan berehat dalam masa dua minggu selepas habis penggambaran drama terutama drama bersiri yang memakan tempoh yang lama. Cuti panjang itu saya gunakan untuk memberikan tumpuan kepada suami dan anak-anak.

“Saya juga tidak boleh bekerja sama seperti zaman bujang dulu dengan berlakon tanpa henti kerana anak-anak juga memerlukan perhatian penuh. Minggu depan, saya akan kembali ke lokasi drama Dan Bila Esok bergandingan dengan Zamarul Hisham yang akan mengisi slot Azalia di TV3, sementara drama Jangan Bunuh Matahari juga sedang disiarkan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan menjalani penggambaran diterbitkan Global Station Sdn Bhd di Australia pada Mac nanti,” katanya.

Harian Metro


No comments:

Post a Comment