Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, January 4, 2012

Susu Kambing Miliki Nutrisi Tinggi

Susu kambing baik untuk tubuh badan
Penyelidikan terbaru mengenal khasiat susu kambing baru-baru ini mendapati bahawa susu kambing ternyata memiliki nilai nutrisi yang boleh dikatakan setara dengan susu ibu. Pengkaji dari University Of Granada, yang bekerjasama dengan Prof Margarita Sanchez Campos, telah membuktikan bahawa susu kambing memiliki kriteria gizi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Bagi pengidap anemia contohnya, amalan minum susu kambing secara rutin dapat membantu memulihkan anemia. Ini kerana, susu kambing meningkatkan penggunaan gizi zat besi dan meningkatkan regenerasi hemoglobin. Selain itu, susu kambing juga mempunyai banyak kasein, iaitu nutrisi yang membuatnya setara dengan susu manusia.

Seperti susu manusia yang mengandungi kasein, susu kambing mengandungi sedikit alpha kasein 1 iaitu sebatian yang bertanggunghjawab terhadap kesan alahaan sebahagian besar susu lembu. Oleh itu, susu kambing termasuk di bawah kategori hypollergenic (HA).

Selain itu juga, susu kambing mengandungi sejumlah besar oligosakarida dengan komposisi yang sama dengan susu manusia. Sebatian ini mencapai usus besar dan bertindak sebagai probiotik dengan bersaing dengan flora bakteria pathogen agar menghilang.

Susu kambing mengandungi laktosa yang lebih rendah, iaitu satu peratus daripada susu lembu. Para penyelidik menambah lagi, susu kambing juga kaya dengan kalsium dan fosfor. Malah ia juga memiliki lebih banyak kandungan zink dan selenium yang bertanggungjawab sebangai penyumbang penting terhadap pertahanan antioksidan dan pencegahan penyakit degenerative.

Oleh sebab itu, para penyelidik menganggap bahawa pengambilan susu kambing secara rutin perlu dipromosikan kepada penduduk dunia agar manfaatnya dapat dikecai oleh semua di samping mengekalkan kesihatan tubuh badan.

http://www.susuhigoatpower.com/

No comments:

Post a Comment