Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 14, 2012

Terengganu tetap berjuang

MARZUKI (kiri) yakin dengan kekuatan skuad Penyu meskipun tanpa bantuan pemain import.

BEBAN berat kini dipikul pemain-pemain Terengganu dalam misi memulihkan semangat pasukan itu yang kini dihimpit kontroversi gara-gara salah faham melibatkan persatuan negeri dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, pendekatan profesional kini dilakukan kapten pasukan skuad Penyu itu, Marzuki Yusof yang memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan semangat rakan sepasukan menjelang pertemuan menentang Felda United.

Naib juara Liga Super itu akan turun pada perlawanan kedua liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini selepas tewas mengejut 0-1 kepada Perak di Ipoh, Selasa lalu.

“Saya akui semua orang kini bercakap mengenai Terengganu ekoran daripada kontroversi itu. Namun sebagai pemain, kami mengambil pendekatan profesional dengan hanya menumpukan kepada perlawanan di atas padang.

“Biarlah masalah itu diselesaikan oleh persatuan dengan cara terbaik dan tugas kami sebagai pemain adalah beraksi sebaik mungkin,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Marzuki berharap rakan-rakan sepasukannya dapat menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri malam ini untuk meraih kemenangan pertama dalam liga.

Ujarnya, hanya kemenangan sahaja yang dapat memulihkan maruah Terengganu daripada terus menjadi kecaman pihak-pihak luar.

“Apa yang boleh saya katakan ialah semua pemain begitu bersemangat untuk beraksi malam esok (malam ini).

“Para pemain juga sudah bersepakat untuk menolak ketepi segala kontroversi ini dan memandang ke hadapan bagi membantu pasu- kan mencari kemenangan,” jelasnya.

Mengulas ketiadaan pemain import dalam pasukan Terengganu ketika ini, Marzuki mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan tetapi tidak menjejaskan rentak permainan pasukan.

“Memanglah kalau kami ada pemain import, ia mungkin membantu tetapi kami perlu percaya kepada kemampuan pemain yang ada,” katanya.

Kosmo

No comments:

Post a Comment