Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, January 15, 2012

TGNA Dedahkan Pernah Ditawar Sertai Umno-BN

Alor Setar - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.

Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.

"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.

"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.

Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.

Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku." -SH

Nik Aziz: `Saya kata cis kepada Umno’

PETALING JAYA: Umno bertindak mengikut nafsu ketika merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu, kata Mursyidul Am PAS.

Datuk NIk Aziz Nik Mat berkata, rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.

Dalam ucapannya, Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara.

`Saya kata cis’

Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

“Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.

“Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat..” kata beliau diiringi tepukan peserta konvensyen.
Nik Aziz berkata, dalam hadis politik, kena sengat sekali saja, jangan kena sekali lagi.

Kali pertama kena sengat perkara biasa, tetapi kalau dua kali itu bodoh, tegas beliau. -FMT

No comments:

Post a Comment