Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, January 14, 2012

Red Warriors nyaris gigit jari

KETUA pasukan Kelantan, Badrul Radzi diasak pertahanan PKNS Selangor, Azlan Zainal dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
KETUA pasukan Kelantan, Badrul Radzi diasak pertahanan PKNS Selangor, Azlan Zainal dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
JUARA Liga Super, Kelantan dipalit kecewa besar gara-gara gagal memanfaatkan aksi di halaman sendiri apabila hanya sekadar seri 1-1 ketika menentang pendatang baru, PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.

The Red Warriors itu bagaimana pun seperti mahu menyembunyikan ‘bisa’ sebenar mereka apabila jurulatih, Peter Butler bertindak tidak menurunkan beberapa tonggak termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Sebaik wisel permulaan, kedua-dua pasukan dilihat lebih banyak mensia-siakan peluang menjaringkan gol terutamanya membabitkan Norshahrul Idlan Talaha apabila sepakannya sedikit tersasar selepas berjaya menggelecek seorang pertahanan lawan.
Nyata kiraan atas kertas masih belum menjamin laluan selesa kepada tuan rumah, namun PKNS dibimbing Abdul Rahman Ibrahim berupaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Selepas rehat, Butler membawa masuk Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad dan Muhamad Ghaddar yang terus melancarkan serangan berbahaya ke arah gawang pelawat dikawal ketat Razi Afendy.

Di sebalik keghairahan Kelantan melancarkan serangan, mereka hampir dihukum oleh bekas penyerang Selangor, Rudie Ramli yang berjaya meloloskan diri daripada kekangan pemain pertahanan, S Subramaniam.

Pada minit ke-71, 10,000 penyokong setia Pahlawan Merah ceria apabila kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi merembat kencang selepas berlaku keadaan kelam kabut depan pintu gol PKNS untuk meletakkan Kelantan di hadapan.
Selang lapan minit kemudian, PKNS berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti disempurnakan Mohd Fauzan Dzulkifli selepas Rudie Ramli dijatuhkan penjaga gol muda, Mohd Syazwan Yusoff dalam kotak penalti.

No comments:

Post a Comment