Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

100 ANGKASAWAN DIJEMPUT KE PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA

Tanggal 10 oktober 2010 atau lebih popular dengan 10/10/10 semakin menghampiri. Di antara peristiwa menarik yang akan berlansung di tarikh tersebut adalah majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dengan pasangannya Dr. Halina Mohd Yunos. Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha juga difahamkan telah menjemput 100 angkasawan seluruh dari dunia untuk turut sama menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada masa yang sama semua rakyat malaysia juga turut dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan selama ini.

Petikan artikel daripada Malaysian Insider hari ini berkaitan majlis perkahwinan angkasawan negara tersebut:

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah menjemput lebih 100 angkasawan dari seluruh dunia bagi menghadiri majlis perkahwinan beliau dengan gadis pilihannya Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober ini.

Beliau yang akan diijabkabulkan kira-kira tiga minggu lagi mengakui turut menjemput Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Salman. Laporan Harian Metro hari ini mengatakan Dr Sheikh Muszaphar sudah menghantar surat jemputan dan kebanyakan daripada mereka sudah mengesahkan kehadiran pada majlis itu.

Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, 30, yang melangsungkan pertunangan di Hotel Klana Resort, Seremban pada 1 Januari lalu dan menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh perkahwinan mereka bersempena tarikh angkasawan terbabit dipilih berlepas ke angkasa tiga tahun lalu.

Bertemakan ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’, pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan pada waktu pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada orang ramai sebelum majlis resepsi pada malamnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pasangan merpati dua sejoli itu dijangka mengenakan beberapa persalinan dari Putra Cosry untuk majlis akad nikah dan majlis resepsi. Pada masa sama, Sheikh Muszaphar turut menjemput semua rakyat Malaysia menghadiri majlis perkahwinannya sebagai penghargaan dan hadiah kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kejayaannya selama ini.

“Walaupun sudah bergelar suami selepas ini, saya masih milik negara dan sentiasa menyokong serta membantu program berkaitan angkasa lepas sebagai usaha membuka mata masyarakat terutama golongan muda mendalami ilmu sains dan teknologi,” kata beliau dipetik berkata.

Tarikh 10/10/10 tersebut juga bersamaan 2 Zulkaedah 1431 Hijriah. Gambar dan liputan terkini sepanjang majlis perkahwinan angkasawan negara tersebut akan cuba dikongsikan untuk tatapan umum. Nantikan gambar terkininya nanti.

Walaupun jemputan 100 angkasawan seluruh dunia tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pembaca berita online namun adalah diharapkan perkahwinan angkasawan negara mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

p/s : Pahlawan Melayu di Istana Kayangan – steady tema tu :D

No comments:

Post a Comment