sekali tengok macam civic pon ada.. |
Salam dan selamat sejahtera buat semua sahabat bloggers, followers dan sahabat alam maya yang masih setia berkunjung ke blog ini..Insyallah saya akan cuba untuk memberi info2 terbaru dan juga lama mengenai apa saja yang saya dapat kongsikan untuk anda semua..
Semalam saya dah post tentang camera terbaru keluaran Nikon yang tak masuk lagi pasaran Malaysia..Rasanya dalam tahun ni Nikon D7000 mungkin akan menjejak kakinya ke Malaysia..Kepada penggemar2 gadget, nantikan kemunculanya ok..:)
ok..Semalam pasal gadget..Hari ni pasal automotif plak..Kereta ape yang nak dirivewkan hari ni? Bukan proton waja lancer lagi.Tapi adalah kereta Toyota Corolla Altis..Dikhabarkan, toyota Malaysia akan melancarkan kereta terbaru Altis pada hari ini 23.9.10 secara rasmi.
Apa yang terbaru pada kereta Altis 2010 ni adalah pertama mestilah dari segi reka bentuk..Lampu depan dan belakang telah ditukar kepada seakan-akan kereta Toyota Camry.PAstu gril yang dekat depan tu pon dtukar..Kalau tak salah, ada 3 jenis grill kali ni base on jenis kereta..ALtis 2010 ni dikeluarkan dengan kapasiti engin 1.6, 1.8E, 1.8G dan 2.0.Panel bagi setiap jenis kapasiti engin adalah berrbeza yew..Kalau kereta tu mahal, dalaman dia lagi nampak mewah.
Perubahan lagi dilakukan pihak toyota adalah mengenai dashboard. Storage yang biasa seperti dulu kini diubah suai kepada 2 storage.Kalau sape pernah naik innove, ha, cmtu la..Pastu kebanyakkan panel dalaman dia adalah secara elektronik dan automatic.Terdapat juga button apabila melalui jalan yang licin yang mana button ini berperanan memberi peluang untuk amik selekoh dengan keadaan tidak licin.Mungkin sebab pegangan stering yang persis dan mantap.
panel ni kalau tak salah utk 2.0 sahaja. |
Apa yang penting sekalai adalah mengenai harga bukan? kalau harga tak tahu cmna nak beli..Kalau nak tengok kereta ni, boleh pergi ke toyota berhampiran anda..Dikhabarkan, harga untuk 1.6E, RM105,990, 1.8E RM112990, 1.8G RM122,990 dan Rm131,990 untuk 2.0V.Haaa...tunggu ape lagi..P la tempah sebijik..
*Artikel dari http://nabil-potter.blogspot.com
No comments:
Post a Comment