Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

PREVIEW FILEM MELAYU : JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2

Satu lagi filem melayu yang akan menemui peminat di bulan oktober nanti, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, secara umumnya filem ini adalah merupakan kesinambungan daripada filem sebelumnya Jangan Pandang Belakang Congkak. Filem selama 90 minit arahan pengarah Ahmad Idham ini dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd diperkuatkan dengan gabungan lima pelakon utama iaitu Cat Farish, Lisa Surihani, Mazlan Pet Pet, Azlee Senario dan Nora Danish serta dibantu oleh barisan pelakon pembantu yang kuat.

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ini dijadual akan mula ditayangkan kepada umum pada 7 oktober nanti.

Sinopsis Jangan Pandang Belakang Congkak 2 bermula setelah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir.

Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika. Asmat memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari. Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi.

Untuk ketahui lebih lanjut boeh rujuk di sinopsis Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Secara peribadi filem seram komedi ini mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan filem lain dan sudah boleh dijangka kesudahannya, namun kekuatan filem ini adalah gabungan para pelakon popular semasa iaitu Cat Farish, Lisa Surihani, Mazlan Pet Pet, Azlee Senario dan Nora Danish. Pastinya menjanjikan sesuatu kepada peminat filem tempatan.

No comments:

Post a Comment