Sepanjang bulan Oktober ini ada dua filem melayu yang dijadual akan di tayangkan di pawagam iaitu Cuti-cuti Cinta dan juga Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Untuk preview filem melayu kali ni berkaitan filem cuti-cuti cinta arahan Ahmad Idham yang mengenengahkan pelakon popular masa kini Farid Kamil yang akan berganding bahu dengan Nora Danish serta di perkuatkan dengan Zed Zaidi. Filem selama 86 minit ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober 2010 nanti.
Secara ringkasnya sinopsis filem cuti-cuti cinta ni :
Eava Ealiana (Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi). Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.
Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy (Farid Kamil) seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava…
Kalau nak sinopsi lengkap boleh rujuk ke sinopsis cuti-cuti cinta.
Mak kau lahirkan kau kat reban ayam ke? … nasi lemak 50 sen?….hmm tak tahu sama ada ini skrip asal atau skrip spontan si Farid Kamil kepada Nora Danish. walau apapun pastinya ia mencermin gaya bahasa dan style percakapan sesetengah generasi muda masa kini.
Cerita yang agak rilek, light and easy serta tidak memberatkan pemikiran penonton. Kalau ada masa dan ruang bolehlah jenguk di pawagam berdekatan hujung bulan oktober nanti.
No comments:
Post a Comment