Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

JENAMA PALING POPULAR MALAYSIA 2010

Streamyx, maxis, maybank dan sistem penerbangan malaysia (MAS) telah terpilih sebagai di antara jenama paling popular di Malaysia, mengikut kajian yang dilakukan oleh Reader’s Digest Tursted Brand Survey 2010. Kajian tersebut dilaksanakan di lapan pasaran negara Asia iaitu Malaysia, China, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Berdasarkan kajian pasaran tersebut juga mendapati produk dan perkhidmatan ‘Made in Malaysia’ memenangi 23 daripada 43 kategori produk dan perkhidmatan yang paling popular di kalangan pengguna.

Di antara senarai produk dan perkhidmatan yang terpilih sebagaimana yang disiarkan oleh Kosmo! adalah:

  1. Bank Paling Dipercayai - Maybank/Public Bank
  2. Jenama Kenderaan – Proton (tempatan) – Honda/Toyota (luar negara)
  3. Perkhidmatan Kewangan Islam – Bank Islam
  4. Stesen Minyak – Petronas/Shell
  5. Penyedia Perkhidmatan Telefon – Maxis
  6. Kurier – PosLaju
  7. Penyedia Perkhidmatan Internet – Streamyx
  8. Pemaju Hartanah – Sime Darby Property
  9. Sektor Awam Paling Dipercayai – Jabatan Imigresen
  10. Syarikat Penerbangan – Malaysia Airlines (MAS)
  11. Destinasi Pelancongan – Genting Highlands/Langkawi
  12. Hospital Utama – Hospital Kuala Lumpur
  13. Kedai Elektronik Pilihan – Senheng

Senarai yang menarik, daripada 13 senarai tu secara peribadi maybak dan public bank memang keduanya saya ada akaun, satu untuk masuk gaji dan satu untuk loan kereta, tidak dinafikan masa tu kadar faedah pinjaman kenderaan yang ditawarkan oleh Public Bank adalah yang paling rendah. Jenama kenderaan pulak memang kereta pertama saya Iswara Aeroback yang memang saya akui lebih tahan lasak dan tak pernah meragam selama 7 tahun memakainya, berbanding dengan kereta import yang dipakai sekarang.

Bank Islam tidak ada akaun, stesen minyak memang di akui Petronas dan Shell (lagipun kat dalam Estet ni hanya dua brand tu je yang ada), Maxis dulu pernah pakai jugak prepaid, sekarang dah bagi nombor tu kat isteri, Poslaju?….jarang guna sekarang ni.

Streamyx memang saya gunakan pakej streamyx dan semenjak dua menjak ni jarang dah dengar masalah talian terputus ni, dari segi hartanah, tiada kaitan dengan Sime darby, Jabatan Imigresen, pengalaman buat passport dahulu memang amat puas hati dengan mutu perkhidmatan dan khidmat pelanggannya, MAS memang puas hati dengan layanan istimewa lebih-lebih lagi bila dapat dok business class.

Destinasi pelancongan saya pula lebih kepada pantai, Genting tak menarik bagi saya. Kospital Kuala Lumpur pun pernah pergi melawat orang sakit, memang sibuk sesibuknya hospital tu.

Dan yang paling best dan setuju kedai SENHENG, pengalaman membeli barang di kedai ni memang memuaskan hati. Jurujual ok, khidmat pelanggan pun bagus. Dan yang paling menarik bagi saya SENHENG merupakan satu-satunya syarikat atau pihak yang menghantar SMS ucapan selamat hari lahir kepada saya daripada banyak-banyak syarikat yang ambik nombor telefon saya. Yang syarikat lain tu bila SMS atau call je sibuk nak offer benda lain, maksudnya contact kita bila ada benda yang nak dijual je. Walaupun nampak simple je hantar SMS happy birthday tapi ianya merupakan ‘personal touch’ yang boleh menarik perhatian dan kesetiaan pelanggan.

Macaman pengalaman anda dengan syarikat dan pihak yang tersenarai di atas?

No comments:

Post a Comment