Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

UJIAN DARA UNTUK MASUK SEKOLAH KERAJAAN

Satu cadangan yang cukup unik sekali, akhbar berita harian hari ini melaporkan Kerajaan Indonesia semalam menolak cadangan seorang ahli dewan perundangan supaya remaja perempuan dipaksa menjalani ujian dara sebagai syarat memasuki sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan di negara tersebut. Pegawai di Kementerian Hal Ehwal Wanita Indonesia, Wahyu Hartomo berkata ujian sedemikian mencabul hak asasi remaja terbabit, selain mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan.

Cadangan ujian dara untuk masuk sekolah kerajaan tersebut dikemukakan oleh ahli Dewan perundangan wilayah Jambi, Bambang Bayu Suseno namun tidak dipersetujui oleh pihak Kerajaan Indonesia.

Pada masa yang sama berita tersebut menjelaskan ujian seperti itu mencabul hak dan akan mempunyai kesan psikologi serius kepada pelajar terbabit dan adalah lebih berkesan ibu bapa memberi anak-anak mereka pendidikan moral di rumah, terutama remaja yang mudah terdedah kepada pengaruh tidak sihat internet.

Satu cadangan yang amat unik, tidak pasti pulak cadangan asal sama ada hanya pelajar perempuan sahaja yang perlu lalui ujian dara atau melibatkan pelajar lelaki sekali. Maklumlah biasanya pelajar perempuan kalau sudah hilang dara pun disebabkan kaum lelaki jugak.

… err macamana nak kesan pelajar lelaki masih ‘teruna’ atau tidak ek?

sumber artikel- http://www.bharian.com.my/ – artikel 2010/09/29 – Indonesia tolak syor ujian dara

No comments:

Post a Comment