Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

DINAR DAN DIRHAM KELANTAN DAPAT SAMBUTAN

Awal malam tadi pihak Bernama melaporkan sambutan yang menggalakkan dari rakyat kelantan di hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan dimana Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn dipenuhi oleh orang ramai bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri tersebut. Di laporkan juga rata-rata pembeli berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Nilai dan harga semasa terkini dinar dan dirham kelantan pada masa ini adalah:

1/2 Dinar :: RM 292.5
1 Dinar :: RM 585
2 Dinar :: RM 1 170
5 Dinar :: RM 2 925
8 Dinar :: RM 4680

1 Dirham :: RM 13
2 Dirham :: RM 26
5 Dirham :: RM 65
10 Dirham :: RM 130
20 Dirham :: RM 260

Secara peribadinya saya melihat pelaburan melalui pembelian emas dan perak ni memang menguntungkan dan sememangnya boleh dijadikan amalan. Lebih-lebih lagi harga semasa emas dan perak yang sentiasa kukuh dan stabil. Kalau ada modal rasanya nak jugak join beli dinar emas ni.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli dinar dan dirham serta ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/.

No comments:

Post a Comment