Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

Lady Gaga, Justin Bieber paling popular

NEW YORK: Lady Gaga dan Justin Bieber melakar sejarah dalam industri muzik apabila menarik satu bilion pengunjung ke laman sesawang YouTube.

pix_middle
Menurut Pengarah Komunikasi TubeMogul, David Birch, Gaga dijangka mampu menarik lebih satu bilion pengunjung menjelang 20 Oktober ini jika dia dapat mengekalkan popularitinya. Pada September lalu, Gaga berjaya menarik kira-kira 1.8 juta pengunjung ke laman YouTube secara purata setiap hari. Birch berkata, Bieber pula dijangka melangkaui angka satu bilion sekitar 1 November depan jika dia mampu mengekalkan kedudukannya. Rakaman klip video Bieber ditonton lebih 3.7 juta pengunjung setiap hari pada September lalu. Artis ketiga yang menyusuli kedudukan Gaga dan Bieber pula ialah Michael Jackson yang menarik 600 juta pengunjung.


Walaupun Gaga artis pertama yang mencapai angka satu bilion tetapi data TubeMogul, baru-baru ini menunjukkan Bieber lebih popular apabila klip videonya lebih kerap ditonton.


Menurut data TubeMogul yang disalurkan kepada Billboard, dari 1 Julai hingga 28 September lalu, Bieber menarik kunjungan 3.98 juta pengunjung secara purata setiap hari berbanding 2.04 pengunjung yang mengakses klip video Gaga.


Bieber muncul sensasi sejak musim sejuk lalu. Sejak 28 Februari lalu, secara purata Bieber menarik 3.83 juta pengunjung setiap hari berbanding Gaga yang menerima 2.53 juta kunjungan.


Bagi menunjukkan betapa popularnya dua artis berkenaan, secara purata artis lain seperti Kanye West hanya menerima 271,000 kunjungan setiap hari dalam tempoh berkenaan.


Apa yang menarik tontonan klip video Bieber menunjukkan kunjungan konsisten daripada pengunjung.


Pada April lalu, TubeMogel melancarkan Video Paling Kerap Ditonton untuk memastikan klip video yang paling popular di kalangan pengunjung dalam tempoh tertentu. Hampir sembilan daripada 10 video yang memasuki senarai adalah video muzik dan Bieber menjadi kegemaran pengunjung dari bulan ke bulan. Dia mempunyai empat daripada 10 video paling popular setiap bulan dari April hingga Ogos. - Agensi

No comments:

Post a Comment