Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, October 1, 2010

Siti Nurhaliza Buat Rawatan Akupunktur Untuk Dapat Anak

Jam 2 petang semalam – 30 September 2010 telah menjadi detik manis buat 100 orang pemenang peraduan Berhari Raya Bersama Dato’ Siti Nurhaliza di mana peraduan ini telah membuka ruang buat para pengguna setia SimplySiti untuk menyambut lebaran bersama idola mereka.

Majlis berlangsung di Restoran Saloma Bistro dengan tema Glam Red Raya ini diriuhkan lagi dengan kehadiran Fara Fauzana dan Kieran sebagai pengacara majlis.

Detik ketibaan Siti Nurhaliza di Perkarangan Restoran Saloma Bistro. Kelas dan nampak sangat eksklusif!

Tepat jam 2.30 petang, pengasas SimplySiti Dato’ Siti Nurhaliza telah tiba di perkarangan restoran terkenal di Jalan Ampang itu dengan sebuah kereta mewah berwarna merah. Dengan menggayakan busana polos rona serba merah rekaan eksklusif dari Rizman Ruzaini, penyanyi Ku Mahu ini telah disambut oleh 100 orang peminat dan media yang hadir.

Di satu sidang media, Dato’ Siti Nurhaliza telah menafikan beliau menjalani rawatan pensenyawaan tabung uji atau IFV (In Vitro Fertilisation) atau melalui permainan berhadas (IUI) seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Namun, Siti telah mengaku beliau ada buat rawatan penyuburan secara akupuntur bagi mendapatkan anak. Semoga usaha Siti ini berjaya. Ya lah, kita cuma hanya berusaha yang memberikan segalanya adalah Allah.

Kaedah ini dilakukan secara kebetulan semasa Siti dan suaminya Datuk Khalid bercuti di London sebelum menunaikan Umrah di Mekah pada Ogos lalu.

Sebelum ini, Siti menafikan dia membatalkan konsert Semangat Hari Malaysia yang dijadualkan pada 25 September lalu di Pulau Pinang kerana hamil. Ini kerana masalah kesihatan Siti tak mengizinkan dan beliau dinasihatkan supaya banyak berehat. Siti harap semua memahami situasi yang dihadapinya.

Gambar-gambar Siti Nurhaliza yang sempat Budiey ambil semasa beliau hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti.

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

Siti Nurhaliza Open House SimplySiti

* Artikeldari www.budiey.com

No comments:

Post a Comment