Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

Donald Trump mungkin jadi Presiden AS



WASHINGTON - Usahawan hartanah Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan hasratnya bertanding untuk jawatan Presiden AS dan menegaskan 'seseorang perlu melakukan sesuatu kerana kita sedang kehilangan negara ini'.

Trump, yang juga pengacara siri realiti televisyen The Apprentice berkata, beliau sering digalakkan oleh orang sekeliling supaya menyertai politik.

"Buat pertama kali dalam hidup saya, saya memikirkan ingin menyertai politik dan bertanding sebagai Presiden," katanya.

Hartawan berumur 64 tahun itu mungkin akan membelanjakan sebahagian besar daripada kekayaannya yang dianggar bernilai AS$2 bilion (RM6.2 bilion) bagi mencapai hasrat itu.

Trump, penyokong Parti Republikan, mendedahkan hasratnya untuk bertukar karier dan mengambil alih pemerintahan daripada Presiden AS sekarang, Barack Obama kerana bimbang mengenai masa depan industri pembuatan di negara itu.

No comments:

Post a Comment